Perenang lelaki negara, Welson Sim, terus mempamerkan kecemerlangan apabila layak ke final kategori 200 meter gaya bebas dalam aksi di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.
Isnin lalu, dia berjaya mencipta rekod baru bagi kategori 400m gaya bebas selepas mencatatkan masa 3 minit 50.26 saat untuk mengatasi rekod sebelumnya (3:53.97s).
Dalam saringan 200m, dia merekodkan masa 1:50.11s untuk mengetuai perenang lain yang mara ke final.
Atlet Malaysia lain yang turut ke final adalah Chan Jie bagi kategori 100m kuak kupu-kupu selepas merakamkan catatan masa 54.55s untuk berada di tempat kelima saringan.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.