Perenang negara mengakhiri hari kelima acara renang Sukan SEA Kuala Kumpur 2017 dengan sebutir gangsa di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Caroline Zi Xin Chan menamatkan acara 50 meter kuak lentang wanita dalam kelompok empat terbaik selepas muncul pemenang gangsa di samping peserta Indonesia, Agung Isteri Kania Ratih Anak, dengan catatan 29.91 saat.
Dalam perlumbaan itu, Nguyen Vien Thi Anh dari Vietnam muncul juara (29.26s) disusuli atlet Singapura, Sofie Kemala Fatiha.
Sebelum itu, Nguyen Vien Thi Anh mengungguli acara 400m rampaian individu wanita sebelum menamatkan kategori 200m kuak dada wanita dengan perak.
Perlumbaan itu menyaksikan juara dari Thailand, Phiangkhwan Pawapotako, memecahkan rekod temasya dengan catatan 2:29.58s untuk memadam rekod milik perenang Malaysia, Siow Yi Ting, yang dilakar pada 2009.
"Disebabkan mahu meraih pingat, saya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan hari ini saya berjaya memenangi pingat gangsa.
"Sudah tentu saya mahu melakar masa lebih pantas tetapi buat masa ini catatan saya agak baik," kata Caroline.
Peserta negara, Christina Loh Yen Ling, yang menghadirkan keyakinan dalam sesi saringan dengan catatan 2:35.59s terlepas medal apabila menduduki tangga keempat (2:34.07s) di belakang pemenang gangsa, Samantha Louisa Ginn Yeo dari Singapura yang merakam 2:32.41s.
Sementara itu, atlet lelaki negara dalam acara 100m kuak kupu-kupu, Wong Fu Kang, menamatkan saingan di tempat kelapan manakala Keith Lim Sern di tempat ketujuh acara 50m gaya bebas lelaki.
"Saya tidak berasa cukup bagus dalam kolam renang hari ini.
"Kalah menang adat pertandingan.
"Meskipun keputusan tidak berapa bagus tetapi saya telah lakukan yang terbaik," kata Fu Kang yang juga merupakan juara bertahan edisi lalu itu.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.