Kecewa tanpa pingat emas dalam tiga penampilan bagi acara renang jarak jauh dalam saingan Sukan SEA membuatkan perenang negara, Kevin Yeap, mengharapkan tuah menyebelahinya dalam acara renang terbuka temasya kali ini.
Enam tahun lalu, dia membawa pulang gangsa dari Jakarta dan dilabelkan sebagai 'bidan terjun' semata-mata.
Kevin akan bertanding dalam acara renang terbuka Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan selepas menumpukan perhatian penuh kepada acara itu sejak setahun lalu, dia berharap mampu menyumbangkan emas buat Malaysia.
Pesaing dari negara lain juga agak baru dalam acara itu dan Kevin menganggapnya sebagai petanda yang cukup baik untuknya menyumbangkan emas pertama Sukan SEA bagi acara jarak jauh.
"Saya lebih berpengalaman dalam tempoh setahun ini.
"Renang terbuka berbeza dengan acara di kolam renang.
"Macam-macam perkara boleh berlaku kerana ia melibatkan renangan sejauh 10km dalam tempoh dua jam," katanya.
Perenang dari Indonesia, Aflan Fadlan Parwira, yang meraih emas bagi acara 1,500meter gaya bebas di Singapura dua tahun lalu dianggap sebagai pesaing utama buat Kevin.
"Renang terbuka masih baru dalam kancah Asia Tenggara.
"Terdapat taktik dan perlumbaan yang berbeza, malah pesertanya masih belum ramai kecuali Heidi Gan yang pernah menyertai Sukan Olimpik sebanyak dua kali.
"Oleh itu, saya berasakan tahap setiap perenang adalah sama," ujar Aflan.