Hajat untuk melihat kilauan pingat emas menerusi Welson Sim Wee Sheng daripada acara 1,500 meter gaya bebas lelaki tidak kesampaian apabila dia mengakhiri perlumbaan Sukan SEA Ke-29 itu di tangga keempat.
Dia mencatat masa 15 minit 45.31 saat dalam aksi kegemarannya itu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Selepas menguasai acara 200m dan 400m dengan rekod kejohanan, Nguyen Huy Hoang terlalu unggul untuk ditandingi Welson apabila atlet Vietnam berusia 17 tahun itu jauh mendahului di hadapan dengan rekod baru temasya, 15:20.10s, sekaligus mengatasi juara bertahan yang juga merupakan rakan senegaranya, Lam Quang Nhat.
Dalam acara kuak dada 50m lelaki, kayuhan Wong Fu Kang menempatkannya di kedudukan keenam dengan perenang Indonesia, Indra Gunawan, meraih emas dengan memperbaharui rekod kejohanan, 28.25s, manakala James Deiparine (Filipina) membawa pulang gangsa.
Sementara itu, dalam kategori 50m gaya bebas wanita, perenang Singapura, Amanda Lim, meraih kemenangan dengan rekod baru temasya, 25.41s, untuk mengatasi Ting Wen Quah yang juga merupakan rakan senegaranya.
Gangsa menjadi milik atlet Indonesia, Jenjira Srisa-Ard.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.