Penantian enam tahun satu penyeksaan buat atlet renang terbuka negara, Heidi Gan, yang akhirnya berpeluang memastikan gelaran ratu Sukan SEA kekal miliknya dalam edisi ke-29 ini.
Heidi wajar dianggap sebagai pelopor yang menjulang nama Malaysia dalam saingan renang terbuka susulan kejayaan memenangi dua emas dalam Sukan SEA Jakarta 2011.
Ia juga merupakan kali terakhir saingan renang terbuka dipertandingkan dalam temasya ini.
Sejak itu, aksi bertenaga Heidi membawanya ke lautan lebih luas termasuk di pentas Sukan Olimpik Rio 2016.
Dia yang baru tiba di tanah air dari Perth, Australia semalam berkongsi apa erti beraksi dalam temasya KL2017.
"Saya sangat gembira kerana acara ini kembali dipertandingkan dalam Sukan SEA. Ia merupakan peluang saya untuk kembali mempertahankan gelaran saya," katanya.
"Ini merupakan peluang yang paling istimewa buat saya. Saya telah beraksi dalam dua edisi Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik. Kejayaan dalam Sukan SEA sangat penting buat saya.
KL2017 menawarkan hanya satu pingat emas dalam acara 10km di Putrajaya, venue di mana Heidi muncul juara Asia, Mei lalu.
Bersandarkan kesemua elemen ini, apakah strategi Heidi dalam mengatasi bakal pencabar kepada mahkotanya.
"Ia adalah venue yang sama dengan Kejohanan Asia pada Mei. Saya berasakan tiada beza dalam saingan kali ini."