Pemain hoki negara, Razie Abdul Rahim dan Nabil Fiqri Mohd Noor, berazam untuk merebut kembali posisi mereka dalam skuad negara yang akan berjuang di Dhaka, bulan depan, selepas baru sahaja menamatkan kursus latihan asas inspektor polis.
Skuad hoki negara mempunyai misi penting apabila dijemput oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk beraksi dalam Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh, 4-12 Mac ini.
Berita gembira itu turut mengundang reaksi teruja buat Razie dan Nabil yang turun berlatih buat kali pertama bersama Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), semalam.
Mereka perlu mendapatkan rentak dan tahap kecergasan sebenar andai mahu kembali berada dalam skuad utama The Malaysian Hockey Tigers.
"Dalam aspek kecergasan, kami tiada masalah sebab di dalam kelab pun, kami membuat rutin untuk meningkatkan tahap fizikal.
"Untuk sentuhan dalam permainan sahaja yang membuatkan saya risau kerana saya jarang bermain hoki di sana selain tidak menjalani latihan tahap tinggi. Itu yang merisaukan saya," kata Razie.
Meskipun hanya mempunyai tempoh kurang sebulan sebelum berlepas ke Dhaka, kedua-dua pemain itu komited untuk meningkatkan kembali gaya permainan bagi membantu skuad negara memburu tiket kelayakan dalam Piala Dunia 2018.
"Dalam fasa latihan ini, saya dan Razie akan dapatkan kecergasaan permainan. Dari segi ketahanan, tiada masalah sebab dalam pusat latihan pun, kami melakukan latihan kecergasan," kata Fiqri.
Fiqri dan Razie adalah antara tonggak utama skuad hoki kebangsaan, dengan masing-masing telah membuat 150 penampilan buat skuad negara dalam pelbagai kejohanan.