Skip to main content

Permotoran

Raikkonen mahu Vettel terus kemudi jentera Ferrari

25817kimiraikkonensebastianvettel.jpg
Kimi Raikkonen berharap rakan sepasukannya, Sebastian Vettel, akan mengikut jejak langkahnya untuk melanjutkan kontrak bersama pasukan Ferrari.

Ferrari mengumumkan Selasa lalu bahawa Raikkonen telah menandatangani kontrak selama setahun walaupun perjanjian juara dunia empat kali, Vettel, akan berakhir pada penghujung musim ini.

Pemandu dari Jerman itu mendahului saingan di hadapan Lewis Hamilton dengan 14 mata.

Raikkonen gembira kerana pasukan Itali itu berada di dalam kedudukan untuk kembali memberikan cabaran kepada Mercedes dan berharap dapat terus bekerjasama dengan Vettel pada musim hadapan.

"Saya selesa bergandingan bersama Vettel. Kami bekerja keras sebagai satu pasukan.

"Tetapi saya tiada kuasa untuk membuat keputusan. Saya tidak pasti mengenai masa depannya. Saya berharap Vettel akan terus bersama Ferrari."
 

Advertisement

Must Watch Video