Skip to main content

Sukan SEA

Ragbi: Malaysia tewas di tangan Thailand

ragbi-malaysia_4.jpg
Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara berdepan laluan berliku untuk ke final selepas akur dengan kekalahan 12-7 kepada Thailand hari ini.

Malaysia ketinggalan seawal minit pertama menerusi try pemain no.7, Panupong Puangpun, sebelum Warongkorn membuat conversion sempurna, sekaligus meletakkan Thailand mendahului 7-0.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua, Thailand mula menjarakkan kedudukan kepada 12-0, kali ni menerusi try P. Apichai dan conversion Warongkorn.

Ketika permainan memasuki minit ketujuh, berlaku sedikit kekeliruan apabila pengadil menyedari terdapat lapan pemain Thailand berada di atas padang ketika lontaran sedang dilakukan.

Skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi Md Noor akhirnya berjaya melakukan try menerusi Zulkiflee Azmi sebelum Azwan Zuwairi menyempurnakan conversion lalu menamatkan perlawanan 12-7.

Malaysia bakal turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan akhir berdepan Indonesia jam 12.30 tengah hari ini, namun masih perlu bergantung kepada keputusan pertembungan membabitkan Singapura dan Filipina.

Sementara itu, skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara terikat seri 5-5 berdepan Filipina.

Advertisement

Must Watch Video