Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menegaskan dia terbuka jika ada mana-mana individu berhasrat untuk bertanding merebut jawatan presiden menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), badan induk itu yang dijadualkan berlangsung 29 Jun depan di ibu negara.
Beliau turut mengesahkan, sedia untuk mempertahankan jawatan tertinggi PSM itu namun kesediaannya itu bergantung kepada sokongan yang akan diterimanya melalui pencalonan rasmi yang sudah dibuka kepada ahli gabungan bermula 15 Jun lalu.
Selain jawatan presiden, lima lagi jawatan tertinggi PSM yang akan dipertandingkan termasuklah dua kerusi timbalan presiden serta 3 kerusi naib presiden PSM.
Untuk rekod sebanyak 16 ahli gabungan termasuk 7 ahli bersekutu layak untuk memilih pada kongres pemilihan kali ini.