Timbul kerisauan dalam kalangan atlet baru yang diserap ke Program Podium tahun ini apabila masih lagi belum menandatangani kontrak secara rasmi.
Seramai 39 atlet baru yang terpilih ke program sukan termahal itu masih belum mengikat kontrak secara rasmi sejak nama mereka diumumkan November tahun lalu.
Sehubungan itu, sedikit kerisauan timbul kerana program latihan bermula seperti biasa tanpa status rasmi, apatah lagi ada yang bakal ke luar negara untuk menyertai kejohanan, khususnya bagi persiapan ke Sukan Komanwel, April depan.
Beberapa atlet yang ditemui Nadi Arena berpendapat kedudukan mereka masih belum terjamin sekiranya tiada 'hitam putih' untuk ditandatangani secara rasmi.
Namun, latihan harus diteruskan sambil berharap isu tersebut diselesaikan dalam masa terdekat selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Sebenarnya memang risau sebab persiapan perlu dibuat sekarang tetapi pengesahan (Program Podium) masih 50-50.
"Jadi, ia sedikit mengganggu program latihan. Saya harap ia dapat disahkan dengan cepat," kata atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail.
"Kalau sudah tandatangani lagi elok tetapi sekiranya mereka belum siap, saya masih teruskan latihan saya," kata atlet menembak, Johnathan Wong.
Sementara itu, atlet silat, Muhammad Robial Sobri, berkata: "Saya berharap dapat menandatangani kontrak itu secepat mungkin. Tetapi saya tidak fikir sangat sebab fokus kepada latihan."
Sebanyak 22 jenis sukan dengan melibatkan seramai 146 atlet dipilih untuk menyertai Program Podium.