Barisan atlet yang baru diserap ke dalam Program Podium tahun ini boleh menarik nafas lega apabila kontrak telah pun disediakan untuk ditandatangani secara rasmi pada Jumaat ini.
Pengarah Program Podium, Tim Newenham, mengesahkan perkara itu dan 38 atlet baru yang dipilih tidak perlu khuatir lagi mengenai status mereka.
Sebelum ini, timbul kerisauan dalam kalangan atlet kerana masih menanti kontrak di saat-saat segala program latihan telah pun berjalan.
Bagaimanapun, Newenham memberi jaminan kontrak mereka tidak akan berubah dan semua atlet telah sedia maklum intipati secara terperinci dalam kontrak itu.
"Kami menjemput atlet baru datang pada Jumaat ini untuk menandatangani kontrak. Taklimat daripada peguam juga akan diadakan untuk mengetahui tanggungjawab dan apa jangkaan daripada kami.
"Apa sahaja persoalan boleh ditanya kepada peguam. Saya rasa ia adalah standard baru dalam sukan berprestasi tinggi," katanya.
Beliau juga tidak menolak akan berlaku pertambahan atlet selepas penilaian dibuat secara mendalam, khususnya prestasi dalam Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia tahun ini.
"Sesetengah sukan adalah untuk Sukan Komanwel dan ia juga bergantung kepada prestasi semasa. tetapi atlet perlu kekal meningkat, terus mengikuti kriteria Podium.
"Kami juga akan membuat penilaian selepas Sukan Asia pada hujung tahun. Ini bermaksud penilaian dibuat dua kali setahun," ujarnya.
Secara keseluruhan, seramai 146 atlet dipilih untuk Program Podium yang merangkumi 22 jenis sukan, termasuk empat daripada sukan para.