Skip to main content

Sukan Lain

Program Cluster: Pandelela belum tandatangan kontrak

pandelela-rinong.jpg
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, adalah antara atlet negara yang masih belum menandatangani kontrak Sistem Tier Program Cluster, sekali gus mengundang persoalan mengenai status pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

Pandelela merupakan salah seorang daripada sebahagian penerjun negara yang masih belum menandatangani kontrak itu.

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini meminta atlet yang terlibat untuk menandatangani kontrak itu dalam tempoh dua minggu selepas surat tawaran dikeluarkan.

Surat tawaran Pandelela telah dikeluarkan minggu lalu dan dia kini sudah berlepas ke Sagamihara, Jepun, bagi menyertai Siri Terjun Dunia di sana.

Ia bermakna Pandelela akan terlepas tempoh dua minggu untuk menandatangani kontrak itu.

Situasi itu pasti mengecewakan kerana terdapat beberapa terma dalam kontrak itu sukar untuk mencapai persetujuan daripada kedua-dua pihak.

Walaupun Pandelela enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut, ia jelas menunjukkan terdapat isu persetujuan di antara kedua-dua pihak.

Ikuti perkembangan isu ini dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video