Skuad memanah recurve negara ingin memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi dalam kejohanan pra-Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.
Saingan itu merupakan medan terbaik untuk mendapatkan gambaran dan suasana sebenar pertandingan di samping menguji gelanggang yang akan digunakan pada Ogos nanti.
Beberapa jenis sukan telah disahkan dalam kejohanan pemanas badan itu, antaranya memanah, olahraga, silat dan tinju.
Dalam pada itu, atlet memanah recurve, Khairul Anuar Mohamad, melihat ia peluang terbaik untuk menilai kemampuan pemanah lain di rantau Asia.
"Semua orang turun, daripada Jepun, Korea Selatan dan China. Jadi, di situ kami nak berjuang juga sebab mahu menyesuaikan diri dengan padang. Mungkin situasi sebenar lebih kurang sama," katanya.
Selain Khairul Anuar, pemanah recurve yang dijangka turut serta dalam saingan itu adalah Haziq Kamaruddin serta Muhammad Akmal Nor Hasrin.
Ketika ini, skuad negara menjalani latihan selama tiga minggu bersama pemanah dari Korea Selatan di Bukit Jalil.
"Menyertai sesi latihan ini memang ada baiknya, bukan untuk kami sahaja, untuk mereka (pemanah Korea Selatan) juga. Mereka daripada syarikat, jadi pertandingan luar mereka kurang.
"Pun begitu, mereka bukan biasa-biasa walaupun di bawah syarikat. Tahap panahan mereka adalah tinggi," ujarnya.
Skuad memanah negara hanya memberi tumpuan dalam Sukan Asia apabila ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April nanti.