Skip to main content

Sukan SEA

Polo air: Jia Yi yakin kebolehan rakan sepasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam-jia-yi-160817.jpg
Pemain polo air negara, Fam Jia Yi, yakin akan kebolehan rakan sepasukan untuk terus bangkit dalam aksi seterusnya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Filipina 8-7, petang tadi.

Skuad kendalian Voon Yong Hui itu tewas dalam perlawanan pertama di tangan Indonesia semalam, namun mempamerkan aksi penuh semangat untuk meraih kemenangan tipis dalam perlawanan kedua.

Bagi Jia Yi, semangat rakan sepasukannya harus dipuji setelah mempamerkan kebangkitan yang memukau.

“Kami tiada tekanan dan semua pemain melakukan kesilapan.

"Saya menaruh kepercayaan terhadap rakan sepasukan bahawa kami mampu bangkit.

"Kami cuba buat yang terbaik selepas melakukan kesilapan,” katanya.

Bagi skuad Filipina, jurulatihnya, Reynaldo Galang, kecewa tewas kepada pasukan negara tetapi itu belum memadamkan hasrat pasukannya untuk meraih sesuatu dalam baki dua perlawanan akan datang.

"Sasaran kami adalah untuk menaiki podium kerana kami mengakhiri edisi 2015 di tempat terakhir.

"Apa sahaja kilauan pingat, kami akan tetap gembira," ujar Reynaldo.

Advertisement

Must Watch Video