Skip to main content

Sukan Lain

PMNS harap lebih ramai jurulatih muay thai di Sabah

muaythai-sabah.jpg
Persatuan Muaythai Negeri Sabah (PMNS) berharap lebih ramai lagi mengambil kursus kejurulatihan sukan berkenaan bagi menampung pengendali muay thai di sekolah-sekolah.

Presidennya, Ir Nazri Ab Razak, berkata sukan itu semakin digemari pada masa kini, malah ada sekolah yang menjadikan muay thai sebagai salah satu aktiviti dalam kokurikulum.

"Salah satu kriteria bagi menjalankan program pembangunan sukan ini di sekolah adalah memiliki jurulatih yang bertauliah.

"Sehubungan itu, saya berharap akan lebih ramai lagi mengambil kursus kejurulatihan bagi menampung jurulatih di sekolah-sekolah pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, seramai 60 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya menyertai latihan asas muay thai yang dianjurkan persatuan itu di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Nazri berkata, sekolah berkenaan adalah yang pertama di Sabah menjadikan sukan muay thai sebagai aktiviti kokum mereka.

"Kami mengharapkan lebih banyak sekolah mengikut jejak SMK Pulau Gaya kerana tidak dinafikan sukan muay thai semakin popular di Sabah pada masa kini," katanya.

"PMNS sentiasa berusaha membangunkan akar umbi sukan ini, terutama bagi mencapai hala tuju masa panjang 2015-2020 persatuan ini.

"Ia juga terbukti apabila ada atlet dari negeri ini yang telah mewakili negara ke kejohanan antarabangsa di Bangkok dan Korea Selatan pada tahun lalu," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video