Skip to main content

Hoki

Piala TNB: TNB belum angkat bendera putih

nor-saiful-zaini.jpg
Jurulatih pasukan hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin, belum bersedia untuk mengangkat bendera putih meskipun ketinggalan 1-3 secara agregat kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjelang separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Hoki Tun Razak, petang ini. 

Nor Saiful mengakui ia satu misi yang sukar untuk mencipta kebangkitan.

Dua pertemuan dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) sebelum ini menyaksikan mereka tumpas 2-3 dan 3-5.

Ketiadaan penjaga gol berpengalaman, S. Kumar, ekoran kecederaan, cukup dirasai pasukan itu memandangkan mereka perlu menurunkan penjaga gol muda, Che Azrul Shami Che Saupi.

"Sudah pasti kami masih memiliki peluang yang tipis.

"Keputusan 3-1 itu memberikan keselesaan buat THT, namun kami masih mempunyai cara untuk menjaringkan gol.

"Jadi, kami perlu mengeluarkan segala-galanya untuk menjaringkan gol," katanya.

Nor Saiful mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak melepaskan gol dan menghasilkan serangan balas pantas untuk merapatkan jurang agregat.

Dalam separuh akhir pertama, THT memperoleh jaringan menerusi Faizal Saari dan pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jong-hyun.

"Perkara paling penting adalah kami tidak boleh membenarkan mereka menjaringkan gol, terutama menerusi Faizal dan Jang.

"Faizal boleh menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti dan kami tidak boleh membenarkan mereka memperoleh peluang itu.

"Kami perlu lebih banyak berada di kawasan mereka untuk menjaringkan gol," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video