Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam aksi separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Tun Razak, hari ini.
Keputusan itu pastinya mengecewakan KLHC yang baru saja dinobatkan juara Liga Perdana dan pada masa sama memberi ruang kepada TNB untuk bangkit semula pada separuh akhir kedua, Jumaat ini.
Mohd Syamim Mohd Yusof muncul wira KLHC apabila berjaya menampan bola masuk menewaskan penjaga gol TNB, S Kumar, pada minit terakhir perlawanan.
KLHC dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi sebenar mereka, sebaliknya TNB di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan, Mohd Amin Rahim, memberi saingan cukup sengit.
Kapten KLHC, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, menegaskan satu gol bukanlah kelebihan selesa untuk dibawa ke aksi timbal balik.
"Kami tidak bermain baik hari ini. Beberapa pergerakan tidak lancar seperti kebiasaan perlawanan kami sebelum ini." katanya.
"TNB sentiasa memberikan tentangan sengit kepada kami. Mereka mempunyai pemain berkualiti dengan semangat berpasukan yang kuat.
"Berjaya mendahului 1-0 adalah satu keputusan positif tetapi satu gol belum melegakan kerana dalam hoki, apa sahaja boleh berlaku."
Ia merupakan kemenangan pertama KLHC ke atas TNB dalam tiga pertemuan selepas seri 2-2 dan 0-0 pada dua perlawanan Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) baru-baru ini.
Sementara itu, satu lagi perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mengikat Terengganu Hockey Team (THT) 4-4.
Keputusan separuh akhir pertama Piala TNB
KLHC 1 TNB 0
THT 4 UniKL 4