Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menyambut baik seruan Persatuan Sepak Takraw Asian (ASTAF) menawarkan Malaysia, hak sebagai tuan rumah Piala Asia 2025.
Bagaimanapun, dia menjelaskan keputusan tersebut hanya berhak diputuskan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) setelah meneliti segala terma dan syarat dari ASTAF.
“Secara peribadi saya melihat ini adalah tawaran yang baiklah dari pihak ASTAF kepada PSM namun apa-apapun keputusan adalah terletak di tangan PSM jadi biarlah PSM yang menentukan sama ada menerima atau sebaliknya.
Selain itu, hadiah istimewa buat kem takraw negara apabila berpeluang menjalani kem latihan pusat di Thailand sebagai medan persiapan menjelang Kejohanan Piala Raja Thai yang akan berlangsung dari 1 hingga 8 September di Korat, Thailand.
“Insyallah kita sudah maklumkan kepada pihak PSM untuk mendapatkan restu bagi pasukan negara lelaki dan wanita, kita akan ke Ratchaburi pada 28 Julai hingga 10 Ogos untuk kita adakan latihan bersama juga mengadakan perlawanan ujian bersama dengan pemain-pemain pasukan Thailand.
“Khususnya bekas-bekas pemain seperti Pornchai, Pattarapong dan beberapa lagi pemain utama daripada pasukan Army dan juga pasukan pilihan Ratchaburi yang kita anggap ini satu peluang terbaik untuk kita menguji pemain-pemain kita dalam acara regu dan berpasukan khususnya bagi persiapan kita ke Piala Raja Thai.
Sementara itu, perejam utama skuad takraw kebangsaan, Azlan Alias mendedahkan pengalaman beraksi pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 adalah tonik terbaik bagi menyentap keegoan Thailand pada Piala Raja-Raja Thai.
“Bagi saya buat masa sekarang ini memang sama sahaja sebab dia pun makan nasi, kita pun makan nasi, siapa yang usaha lebih mesti kejayaan itu dapat.
“Untuk Piala Raja-Raja Thai kami mahukan kemenangan, keajaiban untuk Piala Raja-Raja Thai ini pingat emas insyallah, atas usaha pemain juga kalua kami buat yang terbaik pingat ema situ kami boleh bawa ke Malaysia.