Skip to main content

Sukan Lain

Piala Raja Thai: Malaysia perlu tambah baik mutu permainan

takraw.jpg
Susulan kegagalan pasukan kebangsaan menjuarai Piala Raja Thai di Thailand bagi kedua-dua kategori dipertaruhkan, Syahir Rosdi mengakui banyak kelemahan daripada segi pertahanan untuk menundukkan pesaing sengit iaitu pasukan Thailand.

Hanya berjaya memenangi tempat kedua bagi kategori regu dan berpasukan, Syahir mengakui masih tidak berpuas hati dan meletakkan sasaran untuk memperbaiki kesilapan pada edisi kejohanan yang seterusnya.

"Secara keseluruhan masih tidak berpuas hati dengan persembahan kami dalam saingan kali ini. Persediaan kami tidak berada di tahap terbaik," kata Syahir.

"Banyak harus dipertingkatkan lagi sebelum menghadapi Sukan Asia.

"Corak permainan daripada segi menyerang dan bertahan perlu diperkemaskan lagi sementara perlu mencari jalan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah."
 

Advertisement

Must Watch Video