Ketua jurulatih Pakistan, Tahir Zaman, menyifatkan pasukannya terdedah dengan persiapan apabila enam pemain utamanya sudah dikenali dalam arena hoki Malaysia menjelang perlawanan pembukaan bertemu Malaysia dalam Piala Negara-Negara 2025, Ahad ini.
Untuk rekod, beberapa nama seperti Hannan Syahid, Usama Bashir, Ahmad Shakeel Butt dan Abdul Manan merupakan antara tonggak Matador dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.
Perkara itu mungkin memberi kelebihan kepada The Speedy Tigers, namun situasi sama juga boleh dikira buat pasukannya.
"Bagi pihak barisan kejurulatihan, ia agak sukar buat kami kerana pemain Malaysia sudah mengenali beberapa pemain kami, tetapi ia bukan alasan untuk kami sebaliknya harus mencipta kejutan berdepan mereka," katanya.
Sementara itu, kapten pasukan, Ahmad Shakeel Butt, menjangkakan sokongan padu penyokong tuan rumah di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Dalam masa sama, Ahmad berharap komuniti Pakistan di Malaysia turun ke stadium untum memberi sokongan penuh buat negara, sekali gus menundukkan tuan rumah.
"Kami tidak mempunyai tekanan. Ia bergantung kepada pasukan.
"Kami juga memiliki orang Pakistan yang bekerja dan tinggal di sini, jadi saya harap mereka datang memberikan sokongan," katanya di Nadi Arena.