Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHC), I. Vickneswaran, percaya inilah medan sebenar buat ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, untuk membuktikan bisa sebenar sebagai jurulatih dalam misi memburu tempat empat terbaik dunia melalui Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Bukit Jalil dari 15 hingga 21 Jun ini.
"Ini pendekatan yang sangat positif kerana ini merupakan satu peralihan semula jadi yang diambil Sarjit kerana tugas meremajakan pasukan juga penting," katanya.
Dalam pada itu, bukan sahaja Syed Syafiq Syed Cholan yang diharapkan untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti, malah 'Vicky' turut meletakkan kepercayaan kepada dua pakar pukulan sudut penalti negara -- Faris Harizan dan Arif Syafie Ishak -– yang mempunyai pengalaman pentas antarabangsa sejak peringkat remaja di bawah kelolaanya sebelum ini.
"Wajar ketiga-tiga pemain ini diberikan tumpuan untuk tugas sebagai pakar pukulan sudut penalti.
"Ini satu pelan masa depan," katanya.