Impian pasukan Asia memburu kejuaraan sulung dalam Piala EurAsia tetap tinggi meskipun pasukan Eropah yang turut dalam persiapan ke Piala Ryder menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan berbekalkan ramai pemain bintang dunia.
Kapten pasukan Asia, Arjun Singh Atwal dari India, mengakui pasukannya berdepan misi berat berdasarkan barisan 12 pemain dimiliki Eropah.
Namun, katanya, ia tidak bermakna Asia akan memberi laluan mudah sebaik kejohanan bermula di Glenmarie Golf & Country Club, Subang, dari Jumaat hingga Ahad ini.
Antara bintang harapan Asia ialah Li Haotong dari China dan Kiradech Aphibarnrat (Thailand) dan pemain negara, Gavin Kyle Green.
"Kami boleh jadi pasukan bukan pilihan di atas kertas tetapi apabila kejohanan bermula, ia mungkin berbeza.
"Setiap pemain akan cuba menewaskan lawan masing-masing. Jadi, saya mahu pemain fokus dalam permainan," katanya.
Sementara itu, pasukan Eropah yang diketuai Thomas Bjorn dari Denmark yang sudah memiliki 15 kejuaraan Jelajah Eropah pula bermain psikologi apabila meyifatkan Asia sebagai sukar dijangka.
Piala EurAsia menggunakan format berbeza bermula dengan perlawanan fourball, foursome dan aksi individu pada hari terakhir pertandingan.
"Asia tidak rasa mereka sebenarnya adalah pasukan yang kuat. Apa sahaja yang tertulis di atas kertas, ia akan berbeza dan semua yang ada di sini adalah pemain terbaik. Ia bukan mudah bagi kami," kata Bjorn.