Pasukan Asia terus mencipta sensasi pada hari kedua Piala EurAsia apabila berjaya mempertahankan kelebihan satu mata selepas terikat 3-3 dengan Eropah dalam aksi format foursome di Kelab Golf & Country Glenmarie, hari ini.
Dua pemain negara, Gavin Kyle Green dan Nicholas Fung, terus menjadi watak penting buat Asia.
Gavin bersama Yuta Ikeda melakar kebangkitan hebat ketika permainan berbaki empat lubang yang menyaksikan mereka ketinggalan dengan dua lubang.
Namun, catatan birdie pada lubang ke-15 serta kesilapan Alex Levy dan Rafa Cabrera Bello yang melakukan bogey pada lubang 16 dan 17, membuka ruang kepada pasukan Asia untuk menang dengan kelebihan satu lubang.
"Salah satu kelebihan buat kami adalah bermain dalam keadaan lapangan yang becak dan cuaca lembab.
"Adalah penting untuk kami kekal bersemangat untuk aksi esok," kata Gavin.
Nicholas dan Li Haotong pula mengejutkan pemain berpengalaman, Ross Fisher dan Bernd Wiesberger dengan pendahuluan dua lubang semasa permainan berbaki satu lubang.
"Semuanya berjalan dengan hebat untuk bergandingan dengan Haotong kerana adalah penting untuk kami berkomunikasi setiap masa.
"Kami banyak berbincang dan bergurau kerana amat penting untuk mengelak daripada rasa tertekan," kata Nicholas pula.
Secara keseluruhan, Asia meraih 6.5 mata berbanding Eropah yang mengumpul 5.5 mata dan aksi terakhir bagi acara perseorangan esok akan menawarkan 12 mata.
"Saya tidak terkejut (dengan prestasi pasukan Asia). Lihatlah pemain-pemain saya, mereka adalah hebat dan merupakan juara," kata ketua pasukan Asia, Arjun Atwal.