Dua pemain negara, Gavin Kyle Green dan Nicholas Fung, cemerlang pada hari pertama Piala EurAsia apabila masing-masing menjadi penyumbang kemenangan mata pasukan Asia dengan keputusan 3.5 mata untuk menewaskan pasukan Eropah yang memperolehi 2.5 mata di Kelab Golf & Country Glenmarie, hari ini.
Selepas dua edisi lalu, ini rekod terbaik Asia yang belum pernah meraih kemenangan ke atas lawan mereka dari Eropah itu pada hari pertama kejohanan.
Gavin yang bergandingan dengan Yuta Ikeda, menewaskan Matthew Fitzpatrick dan Thomas Pieters melalui kelebihan dua lubang dan berbaki satu lubang.
Sementara itu, Nicholas bersama pemain dari China, Li Haotong, berjaya mencuri setengah mata pada lubang terakhir untuk mengikat Bernd Wiesberger dan Rafa Cabrera Bello.
"Secara keseluruhannya, aksi kami mantap pada hari ini sungguhpun bermula agak goyah. Kami berjaya mengatasinya.
"Kami melakukan beberapa aksi menarik termasuk birdie pada lubang ke 15 dan 17. Kami menamatkan saingan hari ini dengan kukuh," kata Gavin.
Sementara itu, Nicholas berharap dapat mengekalkan kerjasamanya dengan Haotong esok.
"Sudah tentu saya tidak sabar dengan saingan esok, namun kami masih belum mengetahui gandingan esok.
"Saya berharap akan kembali digandingkan dengan Haotong untuk meraih kemenangan penting," kata Nicholas.
Dua lagi mata Asia disumbangkan Hideto Tanihara dan Phachara Khongwatmai manakala Poom Saksansin dan Kang Sung-hoon mengejutkan pemain berpengalaman, Henrik Stenson dan Alex Levy.
"Ia permulaan yang baik. Saya hanya mahu rakan sepasukan berasa selesa hari ini.
"Saya perasan bahawa mereka selesa untuk bergandingan, itulah sasaran utama kami minggu ini," kata ketua pasukan Asia, Arjun Atwal.
Aksi kedua Piala EurAsia bersambung esok dengan format perlawanan foursome.