Sesi pertarungan Connor McGregor dan Paulie Malignaggi terpaksa dihentikan selepas kedua-duanya hilang kawalan, sekaligus lari daripada tujuan asal pertarungan itu.
Malignaggi, yang juga juara dunia dua kali, telah menamatkan karier tinjunya tahun ini dan menyertai bintang seni bela diri campuran (MMA), Connor McGregor, di kem latihan sebagai persediaan untuk atlet Republik Ireland itu bagi menghadapi Floyd Mayweather Jr pada hujung bulan ni.,
Joe Cortez, yang mengadili pertarungan McGregor dan Malignaggi, terpaksa membuat keputusan drastik bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku selepas melihat kedua-duanya hilang kawalan diri.
“Ia benar-benar terjadi. Saya terpaksa menamatkan aksi itu kerana kedua-dua mereka sudah hilang kawalan. Mereka menjadi semakin ganas,” kata Cortez.
“Mereka mula bertarung seperti dalam perlawanan sebenar, melakukan kekunci dalam tempoh lama, cuba untuk menumbuk antara satu sama lain,” tambahnya.
“Saya mahukan aksi yang bersih dan terus menamatkan latihan tersebut,” katanya lagi.
McGregor bakal bertemu Mayweather pada 26 Ogos di T-Mobile Arena, Las Vegas.