Skip to main content

Sukan Lain

Persatuan sukan perlu selesaikan AGM

bengchoo7118.jpg
Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, meminta persatuan sukan kebangsaan menyelesaikan isu pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) atau akan berdepan masalah mendaftarkan atlet mereka ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya tiga persatuan sukan masih belum mengadakan pemilihan menerusi AGM masing-masing.

Jelasnya, ia akan mengundang masalah mendaftarkan atlet menyertai temasya sukan jika tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan untuk menanguhkan AGM.

Masalah itu akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel dan Sukan Asia bermula Isnin ini.

"Mereka perlu menambah baik pengurusan tetapi apa yang mustahak bagi kami adalah persatuan perlu melantik pengurus sukan yang bersesuaian. Ia adalah penting untuk menjaga kebajikan atlet,"
katanya.

Beng Choo berkata antara persatuan yang berdepan masalah itu ialah angkat berat, sepak takraw dan lawan pedang yang sepatutnya mengadakan pemilihan dalam AGM tahun lalu.

Tambahnya, lawan pedang, terutamanya, diterajui individu sama sejak 2013.

Persatuan juga perlu mencalonkan atlet yang benar-benar layak, terutama ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, April depan kerana Malaysia hanya diberikan kuota 98 atlet untuk acara individu.

"Beberapa sukan adalah berkelas dunia. Dalam Sukan Asia, banyak sukan adalah berkelas dunia.

"Bagi atlet muda, ia adalah lebih baik untuk mereka diberi laluan untuk berkembang bagi mencapai tahap tinggi," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video