Skuad pelayaran negara mengulangi kejayaan dua tahun lalu dalam Sukan SEA Singapura apabila memenangi pingat emas kategori optimist bBerpasukan B-16 di Pusat Pelayaran Kebangsaan, Langkawai, hari ini.
Pasukan negara yang dibarisi Israr Hazim Ismail, Muhammad Syafie Ali, Muhammad Fauzi Kaman Shah, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri dan Nurul Shazwanie Mohd Saad menewaskan Thailand 2-1 dalam pusingan akhir.
Kejayaan ini bagaikan satu kelegaan buat kem pelayan negara selepas skuad negara terpaksa akur dengan pingat perak dalam acara laser standard berpasukan dan gangsa dalam acara laser radial berpasukan.
Acara layar individu akan membuka tirai Khamis ini sehingga 29 Ogos bagi acara optimist lelaki, optimist wanita, laser standard, laser radial lelaki dan laser radial wanita.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.