Skip to main content

Sukan SEA

Pelayaran: Kita hampir pasti tuai emas

pelayaran-140617.jpg
Skuad pelayaran berpeluang untuk menyumbang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila atlet negara menyinar selepas enam hari perlumbaan di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan.

Dengan pelayar yang mengutip penalti terendah akan ditabalkan sebagai juara, skuad Antarabangsa 420 lelaki memungut lima mata penalti untuk selesa mendahului Singapura yang mengutip sembilan mata penalti ketika saingan berbaki empat hari lagi.  

Sementara itu, skuad Antarabangsa 470 pula hanya dipisahkan dengan satu mata penalti sahaja dengan Filipina.

Dalam aksi Laser Radial lelaki, atlet negara, Ahmad Latif Khan, memimpin kedudukan selepas dua perlumbaan, namun bagi kategori wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif, berkongsi kedudukan dengan pelayar Singapura, Jillian Lee Sook Yin, untuk terikat dengan tiga mata penalti.

Bagi saingan optimist berpasukan lelaki dan wanita, Muhammad Fauzi Kaman Shah dan Nurul Shazwanie Mohd Saad menguasai kedudukan atas kategori masing-masing untuk mencerahkan peluang meraih emas. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video