Skip to main content

Sukan Lain

PDRM jaguh karate Sabah

karate_2.jpg
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mempertahankan gelaran juara Kejohanan Karate Senior Peringkat Negeri Sabah Ke-41 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

PDRM Sabah meraih tiga emas dan tujuh gangsa untuk menewaskan 19 pasukan lain. termasuk empat pencabar terdekat yang hanya tewas tipis selepas kekurangan satu pingat emas.

Naib johan pula disandang pasukan Main Dojo Kota Kinabalu yang memenangi dua emas, tiga perak dan dua gangsa manakala masing-masing di tempat ketiga hingga kelima diduduki SMK Bandaraya Menggatal (dua emas, dua perak, satu gangsa), Kelab Karate SMK Tenom (dua emas, tiga gangsa) dan KKSK Keningau (dua emas, satu gangsa).

Dalam perkembangan lain, Kejohanan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Ke-7 yang diadakan serentak menyaksikan Persatuan Karate Sabah (SKA) cawangan Penampang muncul juara.

SKA Penampang menang enam emas, empat perak dan 12 gangsa untuk mengatasi SKA Tambunan yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan lima emas, satu perak dan enam gangsa. Pasukan Main Dojo dengan tiga emas, satu perak dan dua gangsa menduduki tempat ketiga.

Tempat  keempat dan kelima masing-masing disandang oleh Brunei Darussalam (dua emas, dua perak, lima gangsa) dan Shitoryu (dua emas, tiga gangsa). Keenam disandang bersama oleh SMK St. Joseph Papar dan SKA Papar selepas masing-masing memenangi dua emas dan satu gangsa sambil Keningau dengan dua emas menduduki tempat kelapan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas.

Advertisement

Must Watch Video