Skip to main content

Sukan Lain

PABM cari tarikh sesuai adakan AGM

abu-hanapah11118.jpg
Sehari selepas ditegur Pesuruhjaya Sukan (PJS), Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) tidak menunggu lama untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa Ahad ini bagi mencari tarikh sesuai untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), sekaligus memilih kepimpinan baru. 

Pemangku Setiausaha PABM, Abu Hanapah Ismail, mengesahkan mereka telah berhubung dengan pihak PJS untuk mendapatkan garis panduan yang dibenarkan dalam melaksanakan AGM. 

"Semua maklumat yang diperlukan, saya sudah mendapatkannya dan memaklumkan kepada pihak presiden (Datuk Ong Poh Eng). Kami menetapkan 14 Januari ini untuk mengadakan AGM," katanya. 

Jelas Abu Hanapah lagi, PABM perlu melaksanakan AGM dalam tempoh 45 hari selepas berakhirnya mesyuarat jawatankuasa nanti. 

Dalam tempoh itu, segala usul dan calon untuk mengisi jawatan dalam barisan penggal baru exco PABM perlu dikemukakan sebelum undian pemilihan dilaksanakan ketika AGM berlangsung. 

Penggal 2015/2017 itu menyaksikan Poh Eng mengekalkan jawatan presiden sejak penggal 2012/2015. 

Sementara itu, Abu Hanapah juga akan membincangkan hala tuju PABM bersama semua persatuan negeri dalam mesyuarat jawatankuasa selepas sukan itu digugurkan daripada sukan teras dan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018. 

"Selain itu, perbincangan nanti turut melibatkan program saya, iaitu Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Mungkin perbincangan kami tertumpu kepada Sukan Malaysia (Sukma)," tambahnya lagi.

 

Advertisement

Must Watch Video