Kekuatan Malaysia sudah diintai pencabar Kumpulan A, Liga Hoki Dunia, Oman, yang berada di negara ini sejak minggu lalu.
Oman mengadakan persiapan di Malaysia sejak minggu lalu sebelum menghadapi kejohanan itu di Dhaka, Bangladesh, 4-12 Mac ini.
Harapan mereka untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kendalian Stephen Van Huizen tidak kesampaian ekoran jadual padat Liga Hoki Malaysia.
Sehubungan itu, mereka mengambil kesempatan mengintai prestasi pemain-pemain negara di Stadium Hoki Tun Razak.
"Kami merancang untuk bermain dengan Malaysia, malangnya tidak dapat," kata pemain pertahanan Oman, Mohamed Hobais. "Tetapi kami bermain banyak perlawanan di sini, termasuk dengan Singapura.
"Kami akan cuba untuk tingkatkan prestasi dan cuba beraksi baik di Dhaka nanti.
"Mungkin Faizal Saari menjadi ancaman kepada Oman. Ia kerana pemain itu popular dan pemain terbaik di Malaysia, saya fikir."
Oman diundi dalam Kumpulan A bersama Malaysia, Fiji dan tuan rumah, Bangladesh.
Negara Teluk itu tidak pernah layak ke separuh akhir Liga Dunia tetapi kali ini lebih yakin berdasarkan persiapan rapi sejak akhir tahun lalu.