Atlet para negara, Ziyad Zolkefli, memenangi pingat gangsa acara lontar peluru Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sebentar tadi.
Ziyad layak secara merit beraksi dalam Sukan SEA kali ini selepas melakukan lontaran sejauh 17.29 meter dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, bulan lalu.
Tampil sebagai 'underdog', Ziyad berjaya melakukan lontaran 17.12m pada lontaran keduanya untuk meletakkan dirinya di tempat ketiga.
Dua wakil Thailand, Promron Juntima dan Thawaat Khachin, mempamerkan aksi cemerlang apabila melakukan lontaran yang berjaya memintas Ziyad, masing-masing pada jarak 17.42m dan 17.15m untuk meraih pingat emas dan perak.

Seorang lagi wakil Malaysia, Adi Aliffudin Hussin, sekadar menduduki tangga keempat dengan catatan 16.44m.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.