"Siapa yang tidak mahu melihat kejayaan lebih baik anak didiknya," itu luahan jurulatih kepada S. Thavanesvaran, Nurul Hudah Jamil, yang rela melepaskan atlet berbakat itu bersama Program Majlis Sukan Negara (MSN) andai itu pilihan terbaik untuknya.
Bakat Thavanesvaran dicungkil tiga bulan lalu dan dia hanya melewati sesi latihan selama tiga minggu sebagai persediaan menghadapi Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
Ternyata hasil yang dituai Thavenesvaran cukup mengagumkan, tiga pingat emas dan satu gangsa adalah keputusan yang dianggap luar biasa, apatah lagi ini kemunculan kali pertamanya dalam Sukan Para ASEAN.
Nurul Hudah sebak untuk melepaskan Thavanesvaran, namun melihat kejayaan yang dikecapi tiga atlet para negara, iaitu Ridzuan Puzi, Latif Romly dan Ziyad Zulkifli, dia mengetahui ia adalah demi masa depan atletnya itu.
"Kami akan berbincang mengenai apa yang terbaik demi masa depan dan kariernya. Buat masa ini, saya minta dia fokus untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlebih dahulu.
"Saya pun nak melihat dia di peringkat dunia, kalau itu yang terbaik buatnya, saya merelakannya," katanya.
Kecacatan kaki Thavanesvaran bermula sejak dilahirkan, dia terpaksa menggunakan saiz kasut berbeza, iaitu saiz tiga untuk kaki kiri dan saiz enam untuk kaki kanan dan hanya pandai berjalan apabila usianya menjangkau tujuh tahun.
Dia begitu meminati ikon pelari pecut dunia, Usain Bolt, dan itulah pencetus motivasinya untuk cemerlang setiap kali beraksi.
"Saya suka tiru teknik dan kepantasan Usain Bolt," kata Thavanesvaran .