Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Nauraj, Grace sandaran tambah emas

nauraj-singh-230817.png
Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, dan atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong, menjadi taruhan skuad olahraga menggandakan kutipan pingat emas dalam temasya KL2017 hari ini berbanding Sukan SEA Singapura dua tahun lalu selepas Malaysia meraih lima pingat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

Nauraj dijangka tiada masalah mempertahankan emas yang dimenangi sejak 2013. 

Dia masih segar dengan penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia di London, England, dua minggu lalu dengan catatan 2.26 meter . 

Turut menggalas harapan ialah Grace Wong selaku pemegang rekod kebangsaan baling tukul besi dan menghuni ranking pertama Asia Tenggara ketika ini. 

Terdahulu, atlet baling tukul besi, Jackie Wong dan Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) memecah rekod temasya serta kebangsaan dalam acara masing-masing ketika mempertahankan emas. 

"Saya telah memenangi pingat gangsa dalam tiga edisi Sukan SEA sebelum ini, jadi saya masih terus berusaha untuk mencapai kejayaan hari ini (semalam). 

"Akhirnya, saya berjaya meraih emas dalam acara ini, sekaligus memperbaharui rekod kejohanan," kata Jackie.

Menurut Hakimi pula: "Dalam lompatan terakhir, saya menganggap hari ini hari terbaik saya apabila berjaya memecahkan rekod kejohanan serta rekod kebangsaan."

Turut merangkul emas pada hari kedua acara itu ialah Elena Goh dalam acara 10km jalan kaki. 

"Saya cuba melakukan persembahan yang konsisten sepanjang tahun ini.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan dalam acara ini kerana terdapat beberapa atlet berpengalaman," kata Elena. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video