Jurulatih pecut olahraga negara, Mohd Poad Mohd Kassim, mengesahkan sudah mengenal pasti atlet keempat dalam saingan 4x100meter dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Bagaimanapun, dia menegaskan nama atlet yang mendapat kepercayaan itu hanya akan diumumkan pada hari saingan 4x100m berlangsung pada 25 Ogos ini.
Satu mesyuarat khas membabitkan semua jurulatih olahraga diadakan hari ini yang dipengerusikan ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Perebutan slot terakhir dalam saingan 4x100m menjadi rebutan di antara Nickson Kennedy dan Mohd Haiqal Hanafi.
"Tadi kami telah membuat perbincangan terakhir. Kami sudah mempunyai calon dan kedua-dua atlet sudah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam sesi latihan.
"Kami akan membuat keputusan sebelum acara itu bermula.
"Tujuh hari lagi sebelum acara 4x100m dijalankan dan apa-apa sahaja boleh berlaku dalam latihan," kata Poad.
Walaupun enggan menamakan atlet yang dipilih, Poad mengesahkan faktor pengalaman adalah kriteria utama yang menjadi pilihan.
"Dari segi pencapaian, kedua-duanya dilihat bagus serta menunjukkan prestasi yang baik, namun cuma dibezakan dengan pengalaman.
"Ini adalah pertandingan peringkat tinggi dan itu semua diambil kira," tambahnya.