Atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi, mengulangi pencapaiannya meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA dua tahun lalu dengan rekod baru kebangsaan, 5.25 meter, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Rekod yang dilakarnya menerusi percubaan ke-10 dalam temasya KL2017 itu mengatasi rekod lamanya, 5.20m, di Korea Selatan pada 2015.
Thailand menguasai dua kedudukan teratas selepas Porranot Purahong dan Patsapong Amsam-Ang saling mencabar sesama sendiri.
Lompatan terakhir dalam percubaan ke-12 menjulang Porranot untuk menggondol emas menerusi ketinggian 5.35m yang juga merupakan rekod baru Sukan SEA dan Patsapong pula meraih perak dengan perbezaan 0.5m.
Di Singapura, Iskandar melakukan lompatan 5.05m untuk menempatkan diri sebagai atlet ketiga terbaik dalam acara itu.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.