Pelari pecut Filipina, Eric Shauwn Cray, mula mempamerkan kerisauan terhadap kebolehan sebenar pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, menjelang aksi final 100 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Cray, pemenang pingat emas dalam acara ini pada edisi dua tahun lalu, mulanya yakin bahawa dia mampu untuk mempertahankan gelaran raja pecut Asia Tenggara.
Atlet berusia 28 tahun itu merekodkan 10.58 saat dalam saringan pertama, namun Khairul Hafiz melakukan catatan 10.34s untuk muncul pelari terpantas mengetuai lapan peserta ke final.
Selepas melihat catatan itu, Cray mengganggap Khairul Hafiz seorang atlet yang berbakat dan menegaskan dia perlu bekerja keras dalam final.
"Dia sangat pantas. Dia seorang atlet muda yang hebat di Asia Tenggara. Saya perlu bekerja keras dalam final, ia akan menjadi perlumbaan yang hebat," kata atlet Filipina itu yang turut beraksi dalam acara 400m lari berpagar.
"Saya tidak boleh cakap mahukan emas dalam final nanti, namun ia adalah penentu segala-galanya."
Sementara itu, pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, menjanjikan larian terbaik dalam misi meraih pingat emas.
"Saya tidak berani untuk mengatakan apa yang bakal berlaku dalam final tetapi saya boleh memberikan jaminan untuk memberi aksi terbaik," katanya.
"Apa-apa sahaja boleh berlaku, mungkin permulaan yang lambat atau penyudah larian yang bermasalah."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.