Skip to main content

Sukan Lain

Nyuk Fah runsing hilang tonggak utama

010118ragbi15.jpg
Ketua jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah, bukan sahaja runsing memikirkan kehilangan pemain utama, Dineshwaran Krishnan, kerana kecederaan, namun turut gelisah untuk mempersiapkan sebuah pasukan mantap bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Asia Premier.

Skuad ragbi 15 sepasukan negara bakal membuat penampilan pertama dalam Kejohanan Ragbi Asia Premier, April depan.

Nyuk Fah sudah pun menyenaraikan 42 pemain untuk melapor diri Jumaat ini, namun beliau terpaksa menerima hakikat tidak kesemua pemain akan hadir ekoran komitmen dan juga masalah kecederaan.

Beliau juga terpaksa akur apabila ada pemain tonggak mahu beralih untuk beraksi bersama skuad tujuh  sepasukan kebangsaan kendalian Mohd Saizul Hafifi.

"Ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan saya berharap ia tidak akan menjadi masalah menjelang saingan yang bakal berlangsung pada April nanti," katanya.

Mengulas mengenai kecederaan tonggak posisi 'lock', Dineshwaran atau dikenali sebagai Duke, yang patah tulang tangan kanan ketika mewakili kelab Jubilo Yamaha, 24 Disember lalu, Nyuk Fah masih mengharapkan keajaiban akan berlaku agar pemain itu mampu segera pulih.

"Duke merupakan seorang pemain yang aktif, saya berharap dia mampu mengekalkan tahap kecergasannya dengan melakukan latihan ringan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video