Skip to main content

Sukan Lain

Nur Azri korban impian ke Jakarta, Gold Coast

nor-azri.jpg
Pemain ragbi tujuh sepasukan negara, Mohamad Nur Azri Azmi, terpaksa melupakan impian untuk beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta tahun ini kerana tidak lagi sanggup menangguhkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Nur Azri adalah antara tonggak utama ragbi negara yang berjaya menamatkan penantian pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun pengorbanan itu dibayar dengan harga tinggi kerana dia telah menangguhkan pengajian selama satu semester.

Situasi itu membuatkannya tidak sanggup untuk terus menangguhkan pengajian, lebih-lebih lagi akan terlepas dua semester jika tetap tampil ke Jakarta dan Gold Coast.

"Saya ada berbincang dengan keluarga. Kami bersetuju untuk meneruskan perjanjian dan terpaksa melupakan program bagi menghadapi Sukan Asia," katanya.

Bagaimanapun, dia sedia berbincang dengan jurulatih, Mohd Saiful Hafifi Mohd Noor, dalam masa terdekat sambil menyifatkan dia hanya bersedia untuk kembali beraksi di peringkat antarabangsa dalam saingan Sukan SEA 2019 Filipina jika berjaya menamatkan pengajian.

"Jurulatih ada cuba berjumpa saya untuk berbincang.

"Saya bukan berhenti terus tetapi meminta pengecualian bagi meneruskan pengajian," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video