Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Johor Jewels hampiri impian pertahan gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor-jewels-111.jpg
JOHOR 53 PERAK 43 

Jurang 10 mata sejak suku pertama menjadi bekalan Johor Jewels untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Netball Super League (NSL) 2023 di Stadium Juara, Bukit Kiara, esok.


Skuad yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan itu, Tracey Robinson, menepati ramalan untuk ke pentas final dengan menjinakkan Perak Phoenix 53-43, sebentar tadi. 

Selepas menutup suku awal dengan 17-7 yang menyaksikan mula mengorak langkah, namun Perak Phoenix menggunakan kesempatan dalam suku kedua itu untuk menghambat kedudukan 22-28.







Namun, Johor Jewels memperkemaskan semula permainan mereka dan kembali selesa. 

Situasi itu sama sekali tidak membenarkan sebarang hasrat untuk pihak lawan bangkit dalam set kedua dengan Ann Najwa Azizan menyempurnakan jaringan terakhir untuk kemenangan 52-43.

Advertisement

Must Watch Video