Skip to main content

Sukan Lain

Nixson tekad perbaharui rekod peribadi

nixson-kennedy.jpg
Atlet pecut negara, Nixson Kennedy, bertekad memperbaharui rekod peribadi dalam usahanya untuk memburu slot beraksi dalam Sukan SEA Filipina 2019.

Berdasarkan prestasi sejak kebelakangan ini, atlet 100 meter kelahiran Sarawak itu dilihat memiliki peluang untuk memperbaiki catatan peribadi terbaik 10.43 saat.

Kejohanan Olahraga Terbuka Perak yang juga kejohanan pertama yang bakal disertai Nixson tahun ini adalah pentas terbaik untuknya mendapatkan rentak permulaan positif.

"Saya mahu mengatasi rekod terbaik sendiri, iaitu 10.43 saat. Saya berhasrat melakukan larian di bawah 10.30s atau 10.20s.

"Mudah-mudahan saya boleh mengatasi rekod kebangsaan," kata Nixson.

Di bawah kendalian Ithnin Mahadi, Nixson turut memasang impian beraksi dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.

Nixson menarik nafas lega untuk permulaan tahun 2019 berikutan bebas daripada kecederaan, sekali gus memberikan kebebasan untuk dirinya serta jurulatih merangka persiapan jangka panjang menjelang aksi di Filipina hujung tahun ini.

Advertisement

Must Watch Video