Skip to main content

Sukan Lain

Nicol mara ke suku akhir

12417nicoldavid.jpg
Ratu skuasy negara, Nicol David, berjaya melepasi pusingan kedua Kejohanan Juara Antara Juara 2018 di Amerika Syarikat, awal pagi tadi. 

Nicol memastikan kemaraan selepas menewaskan lawan dari New Zealand, Joelle King. 

Dalam aksi di New York itu, Nicol yang berada di ranking keenam dunia memerlukan 53 minit untuk menundukkan Joelle, namun sedikit kesilapan dalam set kedua menyaksikan pertarungan berlanjutan sehingga set keempat.

Kesudahannya, Nicol meraih kemenangan 11-7, 2-11, 11-7, 11-9, sekali gus menempah pertemuan dengan Camille Serme di peringkat suku akhir. 

Advertisement

Must Watch Video