Skip to main content

Bola Keranjang

Nets perlukan keserasian, keseimbangan dalam permainan -- Nash

nashirvingdurant.jpg
Steve Nash berkata Brooklyn Nets perlu mencari 'keserasian dan keseimbangan' selepas laporan mencadangkan mereka telah mendapatkan khidmat James Harden.

Laporan semalam mencadangkan bahawa bekas MVP NBA, Harden telah menyertai Nets dari Houston Rockets.

Bercakap menjelang pertemuan Nets dengan New York Knicks, Nash enggan memberikan ulasan terhadap isu tersebut, di mana bakal menyaksikan Harden bakal bergabung dengan Kevin Durant dan Kyrie Irving di Brooklyn.

Tetapi, ketika ditanya bagaimana superstar dapat mencari keserasian, terutama jika Nets mendapatkan yang pemain lain, ketua jurulatih, Nash berkata: "Bola keranjang adalah tentang bermain bersama dan menjadi yang terbaik yang boleh anda lakukan.

"Tidak kira siapa diri anda, mendapatkan keserasian dan keseimbangan dalam satu pasukan serta berusaha menjadi lebih baik untuk pasukan."
 

 

Advertisement

Must Watch Video