Skip to main content

Sukan Lain

Negeri Sembilan Matrix pertaruh pemain muda

nbl-asia-040817.jpg
Cabaran sukar buat pasukan bola keranjang Negeri Sembilan Matrix dalam mengulangi pencapaian naib juara bagi menghadapi edisi ketiga Piala Juara-Juara Seri Mutiara, bulan depan. 

Negeri Sembilan sekali lagi menjadi sandaran Malaysia dalam kejohanan kelab antarabangsa itu susulan kejayaan menjuarai Piala Agong 2016. 

Di bawah kendalian bekas jurulatih skuad kebangsaan, Brian Lester, mereka bakal mempertaruhkan pemain-pemain muda di samping kelibat tiga import daripada pasukan Texas Legends. 

"Kami bertuah kerana mempunyai ramai pilihan pemain di kelab ini.

"Kami akan menyertai beberapa kejohanan kecil sebagai persiapan selain mengadakan latihan sehingga 12 September depan. 

"Pemain import akan tiba pada bulan depan," kata Lester dalam majlis pengumuman pertandingan di Kuala Lumpur, hari ini. 

Negeri Sembilan, bagaimanapun, meniti laluan berliku apabila berada dalam Kumpulan B bersama juara tahun lepas, Guangzhou Securities, serta KK Split dari Croatia. 

Seperti edisi sebelumnya, saingan kali ini juga menampilkan lapan pasukan dari tujuh negara. 
 

Advertisement

Must Watch Video