Skip to main content

Sukan Lain

Nafiizwan akui terima ujian berat tahun lalu

nafiizwan4118.jpg
Pemain skuasy negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan, mahu melupakan tragedi kemalangan pada Oktober lalu untuk kembali bangkit meraih momentum terbaik tahun ini khususnya dalam Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.

Nafiizwan, yang terlibat dengan kemalangan motosikal sehingga terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Malaysia, bertekad mahu memastikan perancangan kariernya berjalan lancar tahun ini.

Baginya, tahun lalu terlalu banyak ujian berat yang menimpa di mana selepas insiden kemalangan yang mencederakan lutut kanannya, dia kehilangan abang kandung, Mohd Nafhisham Mohd Adnan, yang meninggal dunia pada bulan lalu.

Denga apa yang telah dihadapi itu cukup memberi kekuatan kepadanya untuk bangkit meraih kejayaan di pentas Komanwel.

"Dalam kerjaya skuasy selama 15 tahun ini, tahun lalu ada yang berat bagi saya. Saya memberikan persembahan yang baik tetapi saya mengalami kemalangan motosikal. 

"Ketika Terbuka Malaysia berlangsung pula, abang saya meninggal dunia. Ranking saya jatuh disebabkan beberapa perkara termasuk kecederaan dialami pada Oktober. (Bagaimanapun) ia juga memberi semangat kepada saya," ujarnya.

Seorang lagi pemain negara, Mohd Syafiq Kamal, pula mempunyai misi baru untuk hanya memberi fokus kepada acara beregu tahun ini apabila namanya tersenarai ke Sukan Komanwel bergandingan dengan Ng Eain Yow.

"Saya mula berganding denganya (Eain Yow) pada tahun lalu. Sejak itu komunikasi kami pun semakin baik. Saya rasa kami ada peluang dalam Sukan Komanwel nanti," kata Syafiq.

Advertisement

Must Watch Video