Seteru dalam Terbuka Australia perlu berasa gusar dengan Rafael Nadal selepas pemain Sepanyol itu berkata permainannya akan meningkat dengan lebih banyak dalam kejohanan utama sulung 2018 itu.
Nadal berada dalam prestasi hebat untuk mengalahkan Victor Estrella Burgos 6-1, 6-1, 6-1 dalam pusingan pembukaan di Melbourne Park malam tadi apabila tidak menunjukkan tanda-tanda masalah lutut yang membelenggunya sebelum ini.
Pemain nombor satu dunia itu jarang diuji oleh lawannya dari Republik Dominica itu dan tatkala Burgos berjaya menghsdirkan beberapa tekanan, Nadal menjawabnya dengan bergaya.
Nadal melakukan pukulan kilas dengan baik di Rod Laver Arena sambil pemain berusia 31 tahun itu tidak berdepan masalah dengan pukulannya.
Sehubungan itu, dia menjangkakan aksinya akan bertambah baik sebaik kecergasannya di atas gelanggang meningkat, sekaligus menghadirkan kebimbangan terhadap lawan dalam aksi Grand Slam sulung 2018 itu, bulan ini.
"Sudah tentu saya gembira dengan permulaan aksi ini," katanya. "Ini adalah permulaan positif dengan hasil yang baik.
"Jika berbulan-bulan saya tanpa perlawanan rasmi, selalunya ia agak menyukarkan.
"Tetapi, saya bermula dengan perasaan positif. Itulah yang paling penting buat saya sekarang.
"Sudah tentu, ada perkara untuk diperbaiki tetapi ia akan ditingkatkan apabila saya mengharungi perlawanan.
"Kemenangan adalah perkara yang paling penting sekarang," katanya.
Nadal akan bertemu Leonardo Mayer dalam pusingan kedua selepas pemain Argentina itu mengalahkan Nicolas Jarry dalam straight set.