Skip to main content

Tenis

Nadal: Ini adalah detik istimewa

rafael-nadal-040717-jp.jpg
Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal, menyifatkan ia adalah sesuatu yang hebat dan istimewa selepas kembali memegang takhta pemain nombor satu dunia carta Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP).

Ketiadaan pemenang Wimbledon, Roger Federer, dalam kejohanan Terbuka Western & Southern di Cincinnati pada minggu ini akibat kecederaan belakang dan Andy Murray yang masih belum pulih daripada masalah tulang rusuk, membolehkan Nadal merebut kedudukan teratas.

Ternyata ia adalah detik manis buat pemain berusia 31 tahun itu selepas menghadapi masalah kecederaan pergelangan tangan pada tahun lalu serta bergelut dengan isu kecergasan.

“Federer tidak dapat beraksi dan itu adalah berita buruk tetapi secara peribadi, kembali ke kedudukan itu adalah sesuatu yang istimewa,” ujar Nadal.

“Banyak perkara yang berlaku sejak kali terakhir saya meraih kedudukan ini. Masalah kecederaan, detik-detik sukar dan banyak lagi, namun saya cintakan sukan ini dan sebab itu saya berpeluang untuk kembali,” katanya.

Pemenang Terbuka Perancis 2017 itu bakal memulakan aksi pada hari ini di Cincinnati menentang Richard Gasquet.

Advertisement

Must Watch Video