Skip to main content

Sukan Lain

Nadal berada pada tahap terbaik -- Moya

070118rafaelnadal.jpg
Di sebalik tahap kecergasannya diragui, jurulatih Rafael Nadal, Carlos Moya, yakin pemain nombor satu dunia itu bersedia menghadapi saingan Terbuka Australia.

Walaupun risau terhadap kecederaan lutut yang dialami oleh pemain Sepanyol itu, Nadal menjalani latihan di Rod Laver Arena bagi membuat persiapan menghadapi grand slam pertama musim ini.

Pemenang grand slam 16 kali itu sebelum ini telah menarik diri daripada bersaing dalam Kejohanan Antarabangsa Brisbane, sekaligus meningkatkan keraguan terhadap ketersediaannya untuk beraksi dalam saingan yang bakal bermula di Melbourne pada 15 Januari ini.

"Buat masa ini, Nadal telah menjalani dua latihan dan telah mempamerkan persembahan yang positif," kata Moya.

"Kami mahu menyesuaikan diri dengan cuaca dan gelanggang. Dia akan mula menjalani latihan set dan terus berlatih untuk beberapa hari lagi.

"Nadal berada dalam keadaan yang baik, yakin dan bermain pada tahap yang diingini.

"Kami berasakan dia akan bermain dengan baik dalam kejohanan ini," katanya.

Juara di Melbourne pada 2009, Nadal telah muncul naib juara sebanyak tiga kali, termasuk ketika tewas kepada Roger Federer tahun lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video