Rafael Nadal bakal kembali dengan status pemain nombor satu dunia buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun selepas Roger Federer menarik diri daripada Terbuka Western and Southern akibat sakit belakang.
Federer, yang tewas kepada Alexander Zverev dalam aksi final Piala Rogers hujung minggu lalu, beraksi perlahan sehingga menerbitkan keraguan mengenai tahap kecergasannya menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Pemain Switzerland itu, yang memenangi Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini, dilaporkan hanya mengalami bengkak dan sakit sejurus kejohanan itu berakhir.
Begitupun, situasi buruk yang dialami juara 19 Grand Slam itu memaksanya untuk menarik diri daripada kejohanan yang pernah dimenanginya sebanyak tujuh kali itu.
Tatkala Federer mendakwa kejohanan di Cincinnati itu tidak akan melibatkan mata ranking, Andy Murray pula tersisih kerana masih bergelut dengan kecederaan pinggul yang menjejaskan usahanya dalam Wimbledon.
Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi mata rankingnya, sekaligus memberi laluan kepada Nadal untuk mendaki kedudukan puncak.
Pemain Sepanyol itu yang memenangi Terbuka Perancis buat kali-10 pada tahun ini selain dikecewakan Federer dalam final di Melbourne. Kali terakhir dia bergelar pemain nombor satu dunia adalah pada 23 Jun 2014.