Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, berjaya mengatasi aksi goyah sebelum menewaskan Dusan Lajovic dalam pusingan pertama di Terbuka Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Nadal -- juara di Flushing Meadows pada 2010 dan 2013 -- bertekan tekanan awal di bawah bumbung Arthur Ashe Stadium.
Bagaimanapun, Lajovic gagal mengekalkan aksi konsisten dan harapan pemain itu untuk melakukan kejutan tidak kesampaian apabila Nadal melakar kemenangan 7-6 (8-6) 6-2 6-2 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan pertama di Flushing Meadows.
Lajovic mempamerkan beberapa pukukan berkualiti di samping mengutip mata menerusi beberapa lantunan bola ke jaring.
Pemain yang menduduki ranking ke-85 dunia itu mendahului di awal set pertama dan mengekalkan momentum sehingga perlawanan ke-10 sebelum berdepan tekanan berat lantas membuka peluang buat Nadal untuk bangkit.
Penonton yang hadir pada awalnya menyokong Lajovic ketika Nadal ketinggalan 15-40 dengan kedudukan 2-1 dalam set ketiga namun pemain Serbia itu gagal untuk meneruskan momentum.
Nadal bakal berdepan Taro Dainel atau Tommy Paul dalam pusingan kedua.
Statistik perlawanan:
Nadal [1] bt Lajovic 7-6 (8-6) 6-2 6-2
WINNERS/UNFORCED ERRORS
Nadal - 33/34
Lajovic - 14/39
ACES/DOUBLE FAULTS
Nadal - 5/5
Lajovic - 1/2
BREAK POINTS WON
Nadal - 6/11
Lajovic - 2/8
FIRST SERVE PERCENTAGE
Nadal - 62
Lajovic - 72
PERCENTAGE OF POINTS WON ON FIRST/SECOND SERVE
Nadal - 67/59
Lajovic - 54/52
TOTAL POINTS
Nadal - 105
Lajovic - 83